11 pelajar perempuan sesak nafas diserang tentera Zionis

AL-KHALIL, 18 Apr 2016 (Maan) — 11 orang pelajar perempuan mengalami sesak nafas pagi tadi apabila kawasan sekolah mereka diserang dengan gas pemedih mata oleh tentera penjajah Zionis.

Para pelajar sekolah rendah al-Zahra di kejiranan Tariq Ibn Ziyad di Kota Lama al-Khalil diserang ketika kelas pengajian sedang berlangsung.

Semua mangsa dikejarkan ke sebuah hospital di kota al-Khalil.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts