11 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 18 Sep 2018 — Sekurang-kurangnya 11 orang penduduk Palestin termasuk wanita diculik dari beberapa daerah di Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Wanita Palestin Rania Wajeeh Dweik diculik selepas tentera Zionis menyekat kenderaan beliau di sekatan Container, timur laut Beit Lahm.

Tentera Zionis turut memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah penduduk di al-Khalil, sebelum menculik Ahmad Mahmoud al-Qadi, Fadi Yousef Ghneimat dan Bassam Mohammad Ismael.

Sementara di utara Baitulmaqdis Timur, Karim Abu Latifa dan Shadi Ya’coub diculik ari rumah mereka di kem pelarian Qalandia.

Di wilayah utara Tebing Barat, Samer Hamdi diculik dari rumahnya di Nablus dan Ameed Zamari, Wahbi al-Khouli serta Ayyoub Farouq Abu Haniyya diculik dari Qalqilya.

Di Jenin pula, tentera Zionis menculik bekas tahanan Mohammad Abdul-Latif Sheebani dari rumahnya.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts