11 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

AL-KHALIL, 1 Apr 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palesitn dari beberapa wilayah di Tebing Barat, mendakwa mereka diburu kerana terlibat dalam aktiviti menentang penjajahan dan penduduk Yahudi.

Seorang penduduk cedera ditembak selepas tentera menggempur kota Jenin sambil melepaskan tembakan ke arah penduduk yang membantah.

Di al-Khalil, tentera Zionis menggempur kem pelarian al-Arroub dan menculik dua remaja, Ahmad Nidal Abu Ghazi dan Jihad Emad at-Teety. Dua lagi penduduk, Ahmad al-Bayed dan Ahmad Salama Abu Ras, 21, diculik selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka di perkampungan at-Tabaqa di barat al-Khalil.

Tentera turut menculik remaja Bara’ Ahmad Hourani, 21, dan bekas tahanan Tareq Ahmad Abu Srour, 20, dalam operasi di kota Beit Lahm dan kem pelarian Aida.

Sementara di kota Qalqilya, mereka menculik pemuda Ahmed Hurani dari rumahnya.

Di Baitulmaqdis pula, beberapa orang pemuda diculik ketika tentera Zionis memecah masuk rumah-rumah di bandar Anata dan daerah Issawiya. Tentera turut memecah masuk sebuah bengkel besi dan merampas semua mesin dan peralatan selepas menggeledahnya.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts