11 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat dan Baitulmaqdis

RAMALLAH, 8 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik 11 penduduk Palestin dari rumah-rumah mereka di beberapa wilayah di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Puluhan orang askar Zionis menceroboh masuk bandar al-‘Issawiya di Baitulmaqdis, memecah masuk dan menggeledah rumah sebelum menculik enam penduduk termasuk dua remaja dan seorang kanak-kanak.

Mereka turut menyerang masuk bandar Baqat al-Hatab berdekatan kota Qalqilia dan menculik Aseed Barghouthi. Sementara dua pemuda Ahmad Wael Oweida, 24, dan Ahmad Hasan Abu Bakr, 26, diculik dari Tulkarem di utara Tebing Barat.

Di Ramallah pula, tentera Zionis menculik dua pemuda Samer Silmi Rimawi dan Aziz Wael Rimawi dari rumah-rumah mereka di bandar Beit Rima.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts