11 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 3 Sep 2018 — Tentera Zionis menculik 11 penduduk Palestin, kebanyakannya bekas tahanan politik, dari beberapa kawasan di Tebing Barat malam tadi.

Di Baitulmaqdis, mereka menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah di bandar Biddu dan Silwan dan menculik enam orang iaitu Luay Misbah Abu Tabanja, Mojahed Mohammad Shamasna, Odai Adnan Gheith, Mohammad Tawfiq Gheith, Majdi Obeisan dan Ala’ Abu Tayeh.

Tentera turut menculik Khaled Abu Zeina, 58, dari Jenin, Ahmad Marwan Shehab, 22, dari Tulkarem, dan Moath Mohsin Shreim, 22, dari Qalqilia, di utara Tebing Barat. Ramai penduduk cedera sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata di kem pelarian Nur Shams di Tulkarem dan kem pelarian Jenin.

Seorang wanita Palestin dari Ramallah diculik di Terminal Qalandia di utara Baitulmaqdis.

Manakala di al-Khalil, tentera Zionis menculik Amin Shafiq Qawasma dan Abdul-Karim Abu Turk.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts