11 penduduk Palestin ditangkap di Tebing Barat

BEIT LAHM, 3 Dis 2020 — Tentera penjajah Zionis menangkap 11 penduduk Palestin di Tebing Barat sepanjang malam dan awal pagi tadi.

Di kota Beit Lahm, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah serta menangkap tiga penduduk, Odai Abu Nassar, Laith al-Atrash, dan Mohammad Nasser Abu Sheikha.

Sementara di utara Tebing Barat, Ali Maher Tayyim ditangkap dan dilarikan dari kota Qalqilia. Dalam kejadian lain, bekas tahanan politik Ahmad Abdullah Abu Seriyya diculik selepas pasukan tentera memecah masuk dan menggeledah rumahnya.

Di bandar al-‘Ezariya berdekatan kota Baitulmaqdis, tentera Zionis menangkap Samer Mohammad al-Kaloni bersama adiknya, Ibrahim.

Terdahulu di awal malam, tentera Zionis menyerbu perkampungan Taiseer berdekatan Tubas dan menangkap Eyad Mithqal Abu Mohsin, Zahi Ahmad Abu Ali, Salama Abdul-Rezeq Dibik dan Ghannam Mohammad Abu Mohsin. Mereka bagaimanapun dibebaskan tidak lama kemudian.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts