11 penduduk Palestin termasuk 2 kanak-kanak diculik

QALQILYA, 10 Julai 2017 (PIC) — Tentera Zionis menyerang beberapa daerah dan menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dari rumah mereka di Tebing Barat awal pagi tadi.

Beberapa buah rumah dipecah masuk di kota Qalandiya, di mana dua penduduk diculik iaitu Khamis Ghalban and Mohamed Abu al-Sheikh. Seorang lagi diculik dari bandar Jamalah di utara Jenin dan dua yang lain dari kota al-Khalil.

Tentera Zionis turut menyerang bandar al-Judeira di barat laut al-Quds yang terjajah, dan menculik dua kanak-kanak Khattab Barjas, 12, dan Naser al-Hindi, 13, dari rumah mereka.

Di Beit Lahm pula, empat penduduk diculik dari rumah mereka di bandar Taqua.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts