11 penduduk Palestin termasuk 4 beranak diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 12 Ogos 2020 — Tentera penjajah Zionis menjalankan kempen besar-besaran memecah masuk rumah-rumah serta menculik penduduk Palestin di Ramallah, Bethlehem, Qalqilya dan al-Khalil awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya 11 orang diculik, termasuk seorang lelaki berama isteri dan dua anaknya.

Di Ramallah, tentera Zionis menyerbu bandar Beituna dan memecah masuk rumah pemimpin Hamas, Hasan Yousef, dan mengarahkan beliau hadir ke pusat perisikan Zionis untuk diinterogasi. Hasan dibebaskan dari penjara pada 23 Julai lalu, selepas dikurung selama 15 bulan tanpa sebarang perbicaraan.

Dalam kejadian di selatan al-Khalil, tenetra Zionis menangkap Faisal Najjar bersama isterinya Maha serta dua anak lelaki mereka Mohammad dan Mousa, di bandar Yatta.

Sekitar 4,700 penduduk Palestin masih dikurung dalam penjara-penjara Zionis, termasuk 41 wanita, 160 kanak-kanak, dan 265 penduduk yang ditahan tanpa sebarang pertuduhan atau perbicaraan.

(IMEMC, Palinfo)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts