11 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

RAMALLAH, 27 Ogos 2018 — Tentera penjajah Zionis awal pagi tadi menculik 11 penduduk Palestin, termasuk seorang kanak, dari beberapa wilayah Tebing Barat dan Baitulmaqdis.

Pasukan-pasukan tentera Zionis menyerbu dan memecah masuk rumah-rumah di Beit Laham, Ramallah, Nablus dan Qalqilya untuk menginterogasi penduduk.

Sebanyak 18 kenderaan peronda tentera Zionis menyerbu kem pelarian Balata di Nablus dan memecah masuk sebuah kedai percetakan milik tahanan politik Ghassan Thouqan. Mereka merampas semua mesin dan peralatan percetakan, sebelum menyitanya atas dakwaan menghasut dan membantu pengganas.

Di Baitulmaqdis, tentera Zionis menculik Zoheir Khader Rajabi dari rumahnya di kejiranan Batn al-Hawa di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa. Beliau telah beberapa kali ditangkap atas tuduhan membantah tindakan polis dan tentera Zionis merampas rumah-rumah penduduk Palestin di Silwan untuk diserahkan kepada pendatang Yahudi.

Seramai lima orang diculik dari Beit Lahm, iaitu Majdi Abu Aker, Yassin Bodeir, Raafat Salah, Mansour Nasri Salah dan Mohammed Issa Ghneim.

Manakala empat yang lain diculik dari Ramallah, iaitu Qassem, Ward, dan Mo’men al-Barghouti serta kanak-kanak Obaida Mohammad Fattousa, 16.

Sementara di al-Khalil, tentera Zionis menculik bekas tahanan Jamal Karama dari rumahnya selepas beliau membantah arahan supaya hadir bersama isterinya ke pejabat perisikan Zionis dua hari lalu.

Berikut adalah senarai mangsa yang diculik:

  1. Zoheir Khader Rajabi – Jerusalem.
  2. Ward Issam Barghouthi – Ramallah.
  3. Qassem Na’el Barghouthi – Ramallah.
  4. Mo’men Kifah Barghouthi – Ramallah.
  5. Obeida Mohammad Fattousa – Ramallah.
  6. Majdi Abu Aker – Beit Lahm.
  7. Yassin Bodeir – Beit Lahm.
  8. Raafat Salah – Beit Lahm.
  9. Mansour Nasri Salah – Beit Lahm.
  10. Mohammad Issa Ghneim – Beit Lahm.
  11. Jamal Karama – al-Khalil.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts