11 penduduk Palestin termasuk Khader Adnan diculik

RAMALLAH, 25 Feb 2019 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin, termasuk bekas tahanan Khader Adnan, dalam operasi memburu aktivis anti-penjajahan di seluruh Tebing Barat malam tadi.

Dua pemuda diculik dari al-Khalil, manakala seorang bekas tahanan diarah hadir ke sebuah pusat interogasi. Tentera Zionis juga mendakwa telah menjumpai sepucuk mesingan dalam operasi mereka di bandar Beit Ummar, al-Khalil.

Di Jenin, tentera Zionis menculik pemimpin Jihad Islami dan bekas tahanan, Khader Adnan dan Tareq Qa’dan, serta seorang lain penduduk selepas memecah masuk rumah-rumah mereka di bandar Arraba.

Khader Adnan telah dikurung dalam penjara Zionis di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan sebanyak 10 kali. Pada tahun 2012, beliau melancarkan mogok lapar selama 66 hari.

Manakala dalam kejadian di Beit Lahm, tentera Zionis menculik seorang pemdua dari bandar Beit Fajjar dan merampas kenderaan beliau.

Dua yang lain diculik selepas tentera Zionis memecah masuk serta menggeledah rumah-rumah mereka di Salfit dan Baitulmaqdis.

(PIC, MEMO, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts