11 penduduk Palestin termasuk wanita diculik

BAITULMAQDIS, 22 Julai 2018 — Pasukan penjajah Zionis awal pagi tadi menculik 11 penduduk Palestin dari Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Polis Zionis memecah masuk beberapa buah rumah di Baitulmaqdis Timur dan menculi tujuh orang, termasuk murabitat (aktivis wanita menjaga Masjid al-Aqsa) Hanadi Halawani, 40. Mangsa-mangsa lain adalah Muhammad al-Dabagh, Maamun al-Razzam, Amro Abu Orfeh, Rohi al-Kalghasi, Jihad Kaws, dan Saed Sayel.

Tentera Zionis turut menculik empat yang lain dari Tebing Barat, atas tuduhan mangsa-mangsa terlibat dalam aktiviti menentang penjajahan.

(Maan, PIC, IMEMC, PNN, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts