11 penduduk Tebing Barat diculik

TEBING BARAT, 24 Nov 2016 (Maan) — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin dalam operasi di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam hingga awal pagi tadi.

Di barat Nablus, tentera menyerbu kampus Universiti an-Najah dan menggeledah sebuah apartmen yang didiami oleh Profesor Issam Rashed al-Ashqar, 57, sebelum menculik beliau serta merampas keretanya.

Issam adalah seorang pensyarah di Jabatan Fizik, dan pernah dipenjara beberapa kali kebanyakannya di bawah tahanan pentadbiran tanpa sebarang pengadilan.

Makala di al-Quds, dua penduduk Amjad Abu Sbeih dan Yazen al-Basiti ditangkap dari rumah keluarga mereka di Kota Lama.

Di wilayah Jenin pula, tentera menyerbu masuk bandar Anin dan Zabouba serta menyekat kenderaan yang dipandu oleh penduduk Palestin. Abdul Nasser Mohamed Yassin, 42, diculik selepas tentera memecah masuk dan menggeledah rumah mereka di Anin. Sebuah sekatan tentera turut dipasang di laluan masuk bandar Zabouba.

Beberapa orang lagi diculik dari bandar Beit Fajjar di wilayah Beit Lahm dan juga kota al-Khalil.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts