11 penduduk Tebing Barat ditangkap

RAMALLAH, 15 Ogos 2016 (PIC) — Seramai 11 penduduk Palestin ditangkap oleh tentera penjajah Zionis dalam operasi di Tebing Barat awal pagi tadi.

Tentera menyerang masuk bandar Asira al-Qibliya di selatan Nablus dan menangkap pemuda Huthaifa Hamdan setelah memecah masuk dan menggeledah rumah beliau.

Manakala di bandar Ourta, tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga tahanan dua beradik, Muayad dan Sharif Sharab, dan merampas rakaman kamera keselamatan.

Dua bekas tahanan dan dua ahli pergerakan Jihad Islami ditangkap di bandar Yabad di selatan Jenin. Empat lagi lelaki dari bandar Anabta dan kem pelarian Nour Shams di Tulkarem serta seorang ahli pertubuhan Hamas di bandar berdekatan Allar ditangkap.

Tiga yang lain ditangkap di bandar Bait Jala, al-Walajeh dan Taqoa bedekatan Beit Lahm, termasuk dua orang ahli Hamas.

Tahanan Yaqoub Enfaiat yang dibebaskan lapan bulan lalu, setelah menjalani hukuman penjara selama sembila tahun, turut ditangkap semula.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts