11 Tentera Israel Terbunuh dan 48 Lainnya Tercedera

Sumber brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, sayap ketenteraan HAMAS mengumumkan bahawa mereka telah berjaya membunuh 11 orang tentera Israel dan mencederakan 48 tentera lainnya dalam masa 24 jam sejak dimulainya perang melalui darat antara pasukan Zionis dan pasukan pertahanan Palestin di Jalur Gaza.

Sumber tersebut menjelaskan bahawa 5 orang dari pasukan Zionis terbunuh pada malam sabtu kelmarin, sementara 6 orang lainnya terbunuh pada hari Ahad, dan diantara tentera yang terbunuh tersebut adalah seorang komandan berpangkat Leftenan yang bernama Kolonel Avee Hafrael, yang pernah terkena peluru pada saat perang Lubnan kedua.

Perkata tersebut terjadi ketika sayap ketenteraan pasukan Palestin melakukan serangan balik di pelbagai lokasi di Jalur Gaza, iaitu disaat usaha keras yang dilancarkan oleh pasukan Zionis sehingga dengan kejadian ini mereka mengalami goncangan keras akibat kerugian yang besar yang dialami di Jalur Gaza tersebut.

Disisi lain; Muhammad Nazal, anggota Maktab Politik HAMAS menegaskan bahawa sekitar 60 pasukan Zionis telah berjaya dilumpuhkan, iaitu antara yang terbunuh dan tercedera sejak bermulanya perang darat. Terjadi pertempuran sengit antara pasukan penjajah dan Brigade pasukan pejuang Palestin yang dipimpin oleh Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassamā€¯.

Sumber: Akhbar Ikhwan

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts