11 tercedera dalam serangan terbaru Zionis ke atas sasaran di Gaza

Khamis, 7 Okt, Gaza — Tentera udara Israel menyerang sebuah kereta yang dinaiki 4 orang awam di Gaza. Mangsa-mangsa serangan tersebut adalah Abed al Rauf al Safadi, 35 tahun, Ahmed al Ashqar, 26 tahun, Ihab Wishah, 21 tahun, dan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun yang semuanya berasal dari kem pelarian An Nuseirat. Dua orang pejalan kaki di tempat kejadian turut tercedera. Sebahagian daripada mereka berjaya dibawa ke hospital Al-Aqsa dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jet pejuang Israel menyasarkan sebuah kereta Golf bewarna merah yang sedang dalam perjalanan di antara bandar Al Zahra dan kem pelarian An Nuseirat.

Terdahulu, tentera Israel turut menceroboh kawasan Beit Lahia, menyebabkan seorang pekerja tercedera apabila ditembak askar Zionis. Koordinator media di Jabatan Kesihatan, Adham Abu Salimah melaporkan bahawa mangsa telah ditembak di bahagian peha dan mengalami kecederaan ringan.

Jet-jet pejuang Israel jenis F16 turut membuat dua serangan udara dengan menyasarkan kawasan ladang-ladang di Al Zaitoun dan Juhr Ad Deek di timur Gaza.

Kawasan barat kota Gaza turut diserang tentera udara Israel. Mereka dilaporkan menyasar dua pos Batalion Izzuddin Al-Qassam. Dalam serangan ini, 6 mangsa yang tercedera berjaya dihantar ke hospital Asy-Syifa. Mereka mengalami kecederaan ringan dan sesak nafas. [mn/IMEMC/Maan]

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts