1100 Kanak-kanak Dipenjara Israel Sepanjang Tahun 2010

Sekurang kurangnya 1,100 kanak kanak Palestin dipenjara sepanjang tahun 2010, Pihak Berkuasa Palestin Jabatan Hal Ehwal Tahanan menegaskanya Rabu lalu.

Seramai 500 orang kanak kanak yang tidak bersalah ditangkap di timur Baitulmuqaddis, dan selebihnya di Hebron serta beberapa tempat lagi.

Kementerian Hal Ehwal Tahanan, Issa Qaraqe mengatakan kadar menangkapan dikalangan kanak kanak yang begitu tinggi ini mencerminkan dasar Israel secara sistematik mengawal dan mengongkong generasi pewaris Palestin, terutama di Timur Baitulmuqaddis. Kanak kanak ini biasanya dikenakan tahanan rumah.

Dalam laporannya, menurut kementerian tersebut, tahanan ini secara rutin akan dipenjara di sel sel penjara yang terpencil dan menyerupai sebuah kubur. Beberapa tahanan, termasuk Hasan Salameh dan Ahmad Al-Mughrabi, sekurang kurangnya telah menghabiskan lebih daripada lapan tahun dalam keadaan yang tidak berperikemanusiaan tersebut.

Perkhidmatan perisikan Israel Shin Bet telah mengeluarkan arahan agar sekurang kurangnya 12 tahanan kanak kanak Palestin wajib dipenjarakan dalam tempoh yang panjang di sel sel penjara tersebut, menurut laporan itu.

Sebuah petisyen yang telah dihantar kepada mahkamah Israel telah gagal akibat dasar kejam Israel ini bermotif kepentingan politik negara Haram Israel, kata kementerian tersebut. Kementerian tersebut memohon agar ahli politik Eropah berusaha untuk campur tangan dalam menegakkan keadilan kanak kanak Palestin yang tidak bersalah ini.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts