111 Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 17 Julai 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi membenarkan 110 pendatang Yahudi bersama seorang pegawai arkeologi Zionis menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Magharebah.

Pegawai arkeologi tersebut memimpin para pendatang berarak di perkarangan tapak suci itu dengan dikawal dan dilindungi oleh pasukan polis. Mereka turut melakukan ritual Talmud berdekatan Kubah as-Sakhra’.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak perisikan Zionis mengarahkan seorang penjaga Masjid al-Aqsa, Bayan al-Sheikh, supaya hadir ke pusat interogasi di al-Qashla untuk disoal siasat. Manakala pekerja masjid Najwa al-Shakhsir turut disoal siasat di ibu pejabat perisikan Zionis pagi tadi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts