114 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

AL-QUDS, 11 Julai 2017 (PIC) — Seramai 114 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareebah pagi tadi, dengan dikawal ketat oleh pasukan polis Zionis.

Mereka berarak di perkarangan tapak suci umat Islam itu sambil mencetus provokasi dengan cuba melakukan ritual agama mereka.

Sepanjang bulan lalu, seramai 1,339 pendatang Yahudi menceroboh masuk masjid ketiga paling suci itu, termasuk 223 pelajar agama dan 50 pegawai polis Zionis berpakaian preman.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts