BAITULMAQDIS, 8 Ogos 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 115 orang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Majid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba hari ini.
Seramai 75 pendatang Yahudi diiring masuk pada jam 7:00 pagi, yang kemudian berarak sambil melakukan ritual Talmud di atas tapak suci itu. Sementara 40 pelajar agama Yahudi turut menceroboh masuk pada masa yang sama.
Polis Zionis lazimnya membenarkan kumpulan lain menceroboh masuk lagi selepas waktu solat Zuhur.
(PIC)