118 pelarian Palestin terbunuh di Kem Kabr al-Sit, Syria

LONDON, 7 Jun 2016 (PIC) — Seramai 118 pelarian Palestin iaitu 10 kanak-kanak, 28 wanita dan 80 lelaki dewasa terkorban di kem pelarian Kabr al-Sit, Syria sejak tahun 2011.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Badan Bertindak Untuk Palestin di Syria Isnin lalu, kebanyakan mangsa terkorban dalam letupan yang berlaku di sempadan kem dan kawasan bersebelahan kejiranan al-Sayeda Zainab pada bulan Februari lalu.

Kem Kabr al-Sit menempatkan seramai 25,000 pelarian dan terletak 12 kilometer dari kota Damaskus. Ia dikatakan menjadi sasaran serangan kerana terletak berdekatan dengan kawasan yang dikawal oleh pasukan bersenjata yang mendukung rejim Bashar Asad.

Laporan tersebut turut memberi amaran tentang keadaan sosio-ekononi yang tragik dan masalah kesihatan yang meruncing sedang dihadapi oleh pelarian Palestin di situ, di mana kehidupan mereka hanya bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh UNRWA dan pertubuhan bantuan kemanusiaan.

Masalah kesihatan yang kronik seperti penyakit hematologi dan anemia dilaporkan merebak di kem tersebut. Bantuan rawatan kesihatan tidak dapat diberikan kerana keadaan yang sangat berbahaya dan laluan masuk yang tertutup akibat pertempuran.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts