12 cedera pada hari ke-4 GMR

GAZA, 3 Apr 2018 — Sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin cedera ditembak tentera Zionis ketika menyertai perhimpunan Perarakan Pulang Besar-besaran (Great March of Return – GMR) di kem-kem al-Awda di timur Rafah, Khan Younis, Kota Gaza dan Jabalia semalam.

Pasukan tentera Zionis yang berpengkalan di sebalik pagar sempadan timur Gaza turut melepaskan tembakan gas pemedih mata sehingga menyebabkan ramai yang sesak nafas.

Penduduk Palestin di Gaza melancarkan GMR Jumaat lalu, iaitu satu bentuk demonstrasi rakyat secara besar-besaran di sepanjang sempadan Gaza bagi mendesak hak rakyat Palestin untuk kembali ke tanahair mereka. Demonstrasi akan berterusan setiap hari hingga ke ulangtahun Hari Nakba pada 15 Mei.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts