12 penduduk al-Quds termasuk jurnalis ditangkap

AL-QUDS, 30 Jun 2016 (PIC) — Tentera penjajah Zionis menangkap 12 penduduk Palestin di al-Quds, termasuk seorang fotojurnalis, dalam operasi mereka sejak awal pagi tadi.

Terdahulu, tentera Zionis mengumumkan penubuhan satu unit baharu yang bertugas khusus untuk menangkap penduduk Palestin di kota suci itu.

Sebahagian besar daripada mangsa yang ditangkap berumur di antara 16 dan 23 tahun. Beberapa bekas tahanan turut ditangkap.

Fotojurnais yang bertugas di saluran TV Al-Jazeera, Iyad al-Tawil, 27, ditangkap dari rumah beliau di al-Quds. Kini seramai 22 jurnalis Palestin merengkok dalam penjara Zionis.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts