
NABLUS, 30 Jul 2019 — Sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin cedera ditembak oleh tentera Zionis dalam pertempuran di timur kota Nablus sepanjang malam tadi.
Pertempuran tercetus apabila tentera Zionis membawa lebih 1,300 pendatang Yahudi menceroboh masuk kawasan timur Nablus untuk melakukan ritual Talmud di Makam Yusuf.
Seramai empat orang cedera terkena tembakan peluru hidup sementera lapan yang lain menjadi sasaran tembakan peluru getah. Sementara ramai lagi pemuda Palestin cedera akibat tembakan gas pemedih mata.
Tentera Zionis membawa pendatang Yahudi menceroboh tapak bersejarah itu setiap minggu. Mereka mendakwa kononnya ia adalah tempat persemadian Nabi Yusuf. Bagaimanapun penduduk tempatan menegaskan bahawa ianya adalah makam seorang agamawan Palestin bernama Yousef al-Duweik.
(PIC, IMEMC)



