RAMALLAH, 27 Sep 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin dari Tebing Barat dalam operasi sepanjang malam tadi.
Menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestin (PPS), lima orang diculik dari Baitulmaqdis iaitu Tawfiq Najib, Hisham Bashiti, Mustafa Abu Sneineh, Musaab Sajdiya dan adiknya Ahmad.
Sementara lima yang lain diculik dari wilayah Nablus, iaitu Samer al-Shantir, Ayman Imad al-Shakhshir, Muhammad Azzam Hamdan, Qais Hamadna dan Amir Hamadna.
Manakala pemuda Safwat Rafiq Tmeizi diculik dari al-Khalil dan Muath Amawi, 21, diculik dari Qalqilya di utara Tebing Barat.
Data pertubuhan hak asasi Addameer menunjukkan seramai 5,781 orang penduduk Palestin kini dikurung dalam penjara Zionis.
(Maan, IMEMC)