12 penduduk Palestin diculik

RAMALLAH, 1 Nov 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin dari wialyah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Bekas tahanan Yaqoub Abu Assab, 47, diculik dari Baitulmaqdis selepas dibebaskan dari penjara Gurun Naqab.

Seorang penduduk diculik dari al-Khalil, iaitu Anas Rasras.

Tentera Zionis turut menculik bekas tahanan yang juga seorang jurnalis, Nidal Abu Aker, 50, bersama anak lelakinya Muhammad, 21, dari kem pelarian Dheisheh. Nidal sebelum ini pernah merengkok dalam penjara Zionis selama 15 tahun.

Manakala di Ramallah, Muhammad Shreiteh diculik bersama dua anak lelakinya Yasser and Thaer dari bandar al-Mazraa al-Gharbiyeh. Dua yang lain turut diculik dari bandar yang sama, iaitu Shahed Ali Abu Laila dan Adham Ibrahim Ladawdeh.

Juga di Ramallah, Yahiya Bader Abu Alia diculik dari bandar al-Mughayyar.

Di Tulkarem pula, tentera Zionis menculik Muhammad Taher Naalwa.

Sementara dua pemuda, Muhammad Amjad Said Zakarneh dan Majid Muhammad Alawneh, diculik dari daerah Jenin di utara Tebing Barat.

(Maan, IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts