12 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

RAMALLAH, 24 Okt 2018 — Sekurang-kurangnya 12 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat sepanjang malam tadi.

Seramai lapan orang diculik dari Tulkarem di utara Tebing Barat, iaitu Muhannad Muhammad Kawwa, 47, anak lelakinya Jamal Kawwa, Mahdi Adib al-Hajj Ibrahim, Muhammad Firas Mahdawi, 20, Hamam Amer al-Masri, 19, Ibrahim Hussein al-Mahdi, 22, Mumen al-Sharfa, dan Amjad Azmi Amar, 24.

Sejak 7 Oktober lalu, seramai 70 penduduk Palestin telah diculik dari wilayah Tulkarem.

Juga di utara Tebing Barat, pemuda Rami Ghazawi, 26, diculik dari daerah Qalqiliya.

Manakala di selatan Tebing Barat, dua orang diculik dari al-Khalil iaitu Muhammad al-Titi dan adiknya Jihad. Manakala pemuda Hussein Jalal Matawwa diculik dari Beit Lahm.

Lebih 5,640 penduduk Palestin kini merengkok dalam penjara-penjara Zionis.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts