12 penduduk Palestin diculik di Tebing Barat dan al-Quds

RAMALLAH, 8 Jun 2016 (PIC) — Tentera Zionis awal pagi tadi menculik 12 penduduk Palestin di Tebing Barat dan al-Quds. Lima daripada mereka didakwa terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan Zionis.

Tentera Zionis menyerang masuk daerah Ramallah, al-Khalil dan Beit Lahm, mencetus kekacauan dengan memecah masuk rumah penduduk dan menangkap beberapa pemuda. Tentera turut merampas kenderaan milik Muhammad Tawabteh, 21, dari bandar Beit Fajar di Beit Lahm setelah memecah masuk rumahnya dan menahan beliau.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts