12 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak diculik

BEIT LAHM, 28 Ogos 2017 — Sekurang-kurangnya 12 orang penduduk Palestin termasuk seorang kanak-kanak di tangkap dalam operasi tentera Zionis di seluruh Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Operasi tersebut menyasarkan tiga orang penduduk Palestin di kota al-Quds, dua dari Jenin, empat dari Ramallah, dua dari Beit Lahm dan seorang lagi dari al-Khalil.

Kanak-kanak Adam Muhammad Darwish, 15, turut diculik dari kem pelarian Aida di utara Beit Lahm awal pagi tadi.

(Maan, PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts