12 penduduk Tebing Barat termasuk Datuk Bandar diculik

BEIT LAHM, 16 Sep 2020 — Tentera penjajah Zionis menculik 12 penduduk Palestin di Tebing Barat, termasuk seorang Datuk Bandar, sepanjang malam tadi.

Sekurang-kurangnya lima orang diculik dari kota Beit Lahm, selepas pasukan tentera memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka. Seorang mangsa ditangkap di perkampungan Umm Salamuna di barat daya Beit Lahm, dua yang lain di perkampugan Marah Rabah di selatan Beit Lahm, dan dua lagi di bandar Beit Sahour.

Di bandar Silat Ad-Dhar di barat daya kota Jenin, tentera Zionis menculik Datuk Bandar As’ad Amin Hantouli, yang juga merupakan seorang bekas tahanan.

Dalam kejadian di barat Jericho, tentera Zionis menyerbu Ein Sultan dan menangkap seorang penduduk selepas memukul seorang penduduk lain.

Lebih 3,000 penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera Zionis sejak awal tahun 2020 sehingga akhir Ogos lalu.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts