12 penduduk termasuk siswa ditangkap di Tebing Barat

RAMALLAH, 10 Mei 2017 (PIC) — Seramai 12 penduduk Palestin termasuk beberapa orang siswa ditangkap oleh tentera Zionis dalam operasi menggeledah rumah penduduk dan memburu suspek sepanjang malam tadi.

Di bandar Birzeit di utara Ramallah, mantan presiden perwakilan pelajar Univerisiti Birzeit, Ahmed al-Aysh, dan dua lagi siswa universiti tersebut, Amr al-Rimawi dan Ahmed Faraj, ditangkap menjelang pilihanraya kampus.

Dalam kejadian di Beit Lahm, tentera menculik dua penduduk di bandar Taqua dan seorang lagi di bandar Khader.

Sementara itu 20 bekas tahanan ditangkap dari rumah mereka di bandar Asira ash-Shamaliya di utara Nablus dan disoal siasat sebelum dibebaskan semula awal pagi tadi.

Di Tulkarem pula, tentera Zionis menyerbu bandar Attil dan menggeledah rumah penduduk dan sebuah bengkel, serta menyoal siasat penduduk. Penduduk sebuah bangunan apartmen dipaksa berada di luar rumah mereka selama beberapa jam sebelum tentera memecah masuk dan menggeledah bangunan tersebut.

Tentera turut memecah masuk sebuah bengkel besi milik Azem Tawfiq dan merampas peralatan sebelum meninggalkan bandar tersebut.

Pertempuran di antara tentera Zionis dan pemuda Palestin tercetus di laluan masuk bandar Qabatiya di selatan Jenin. Tentera turut menyekat kenderaan dan penduduk Palestin di sebuah stesyen minyak yang terletak di antara bandar Burqin dan Qabatiya.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts