12 Tercedera Dalam Pertempuran di Masjid Al Aqsa

12 orang penduduk Palestin tercedera sejak awal hari Ahad dalam beberapa pertempuran antara tentera Zionis dan sekumpulan orang Islam di masjid Al Aqsa, di mana terdapat puluhan orang Islam sedang beri’tikaf di dalam masjid tersebut. Mereka (orang Islam) ditempatkan di kawasan tersebut bagi menjaga masjid suci Al Aqsa daripada dicerobohi puak pelampau Yahudi dan juga pihak berkuasa pengganas Israel.

Sumber-sumber media menyebut bahawa salah seorang dari mereka yang tercedera, Fatima Al Burdi, 40 tahun, tercedera di kakinya apabila askar-askar Israel menembak gas pemedih mata dan peluru-peluru getah ke dalam masjid. Apabila mereka yang berada di dalam masjid enggan keluar, tentera zionis bertindak menutup pintu masuk ke masjid yang suci itu dan mengurung mereka di dalam masjid. Penduduk-penduduk Palestin terus membanjiri kawasan luar Masjid Al Aqsa bagi menyokong saudara-saudara mereka yang terkurung di dalam masjid.

Semakin ramai penduduk Palestin, terutama dari sekitar Baitulmaqdis membanjiri Masjid Al Aqsa sejak Sabtu lalu sebagai menyahut seruan pemimpin-pemimpin Palestin supaya mempertahankan Masjid Al Aqsa daripada cubaan puak Yahudi memasuki untuk masjid berkeanaan sempena perayaan “Purim.” Purim adalah perayaan tahunan pada hari ke-14 bulan Adar, iaitu bulan ke-12, menurut kalendar Yahudi.

Puak Yahudi tersebut telah cuba masuk ke lapangan Masjid Al Aqsa bagi mengusir orang Islam sebagai persiapan mereka bagi menyambut perayaan Purim. Namun cubaan mereka itu dapat dipatahkan oleh orang Islam yang ditempatkan bagi menjaga masjid itu.

Beberapa pertempuran lain juga berlaku apabila tentera Zionis menghalang orang Islam daripada memasuki Masjid Al Aqsa. Pemuda-pemuda Palestin bertindak membaling batu ke arah polis Zionis apabila mereka ditembak dengan peluru getah. (mn/imemc/aq)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts