12 Terdcedera Dalam Serangan Udara Zionis Ke Atas Gaza

12-injuredGAZA, 8 Julai 2014 (IMEMC) — 12 penduduk Gaza tercedera di Khan Younis dalam serangan udara berterusan tentera Zionis ke atas Gaza.

Serangan peluru berpandu yang jatuh di atas sebuah rumah di bandar al-Qarara di timur Khan Younis menyebabkan 12 orang tersebut mengalami kecederaan sederhana. Mereka dikejarkan ke Hospital Nasser untuk mendapatkan rawatan.

Jet Zionis turut menembak peluru berpandu ke kawasan pertanian di al-Waha di Beit Lahia, utara Gaza. Beberpa serangan lagi menyasarkan kawasan Safeen di barat Gaza City, menyebabkan kerosakan harta tetapi tidak ada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu bot tenetera laut Zionis turut menembak kawasan pantai Rafah menyebabkan kerosakan kepada beberapa buah bot nelayan Gaza.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts