GURUN NAQAB, 19 Julai 2017 (PIC) — Pengawal penjara Gurun Naqab menyerang dan memindah semua 120 tahanan dalam Seksen Empat penjara tersebut, setelah menggeledah bilik kurungan mereka tanpa memberi sebarang alasan.
Pihak penjara Zionis kebelakangan ini membuat serbuan ke atas tahanan Palestin dan memindah mereka ke seksen atau penjara lain untuk memberi tekanan psikologi serta mengelirukan mereka.