
BAITULMAQDIS, 4 Sep 2018 — Pasukan polis Zionis mengiringi 121 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa melalui Pintu al-Maghareba pagi tadi.
Sebahagian daripada mereka melakukan ritual Talmud berdekatan Pintu al-Tahma dan Kuba as-Sakhra’.
Pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa hampir setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu. Sepanjang bulan Ogos lalu, seramai 2,400 Yahudi telah masuk mencemari tapak suci itu.
(PIC)