127 Warga Palestin Ditahan Minggu Lalu

127RAMALLAH, 7 Sept 2014 (Ma’an) — Tentera Zionis menangkap seramai 127 warga Palestin di Tebing Barat sepanjang minggu pertama bulan September.

Menurut kenyataan Persatuan Tahanan Palestin, bahawa wilayah Hebron mencatatkan bilangan tangkapan terbesar, iaitu seramai 28 orang. Manakala 23 lagi ditangkap di wilayah Jenin di utara Tebing Barat, 21 dari Ramallah, 20 dari al-Quds, 12 dari Bethlehem, lapan dari Tulkarem, enam dari Nablus, tiga dari Qilqiliya dan enam dari wilayah Tubas/Salfit.

Lebih 7,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Zionis, termasuk 2,000 yang ditahan sepanjang kempen sejak tiga bulan lalu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts