128 pendatang Yahudi ceroboh masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 6 Jun 2018 — Seramai 128 pendatang Yahudi menceroboh masuk perkarangan Masjid al-Aqsa dalam beberapa gerombolan pagi tadi, di mana pasukan besar polis Zionis berkawal bagi menjamin keselamatan mereka.

Semalam, polis Zionis menangkap 12 ahli jemaah yang sedang membaca al-Quran di perkarangan Masjid al-Aqsa ketika pendatang Yahudi menceroboh masuk dan berarak di atas tapak suci itu. Sembilan daripada mereka telah dibebaskan selepas disoal siasat selama beberapa jam, sementara tempoh tahanan ke atas tiga yang lain dilanjutkan.

Menurut Pusat Maklumat Wadi Hilweh, lebih 3,700 pendatang Yahudi menceroboh masuk Masjid al-Aqsa sepanjang bulan Mei lalu.

Jabatan Wakaf menyeru penduduk Palestin memenuhi Masjid al-Aqsa terutama sepanjang 10 hari terakhir Ramadan, sebagai mencabar sekatan polis Zionis dan peningkatan pencerobohan oleh pendatang Yahudi.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts