13 cedera dalam pertempuran di Nablus

NABLUS, 7 Ogos 2016 (PIC) — Seramai 13 penduduk Palestin cedera dalam pertempuran dengan tentera Zionis di bandar Beita dan Burin di wilayah Nablus malam tadi, salah seorang daripadanya dalam keadaan parah.

Pertempuran tercetus di bandar Beita apabila sekumpulan besar tentera Zionis menyerang masuk beberapa kawasan kejiranan di bandar tersebut, di mana ramai penduduk cedera sesak nafas. Seorang pemuda, Ramez Duwaikat, diculik sebelum tentera penjajah berundur keluar.

Manakala dalam kejadian di Burin, pihak Zionis mendakwa salah seorang askar mereka cedera ringan di bahagian kepala dalam pertempuran dengan pemuda Palestin di mana tentera penjajah melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah rumah penduduk.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts