13 ditangkap di Tebing Barat

NABLUS, 13 Apr 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis pagi tadi menangkap 13 penduduk Palestin termasuk kanak-kanak dan pelajar universiti.

Pejabat Persatuan Tahanan Palestin (PPS) di Nablus melaporkan tentera Zionis menahan tiga orang pelajar dari Universiti Kebangsaan an-Najah dan menggeledah beberapa buah rumah penduduk di Kota Lama Nablus.

Tentera turut memasuki bandar Abu Dis di al-Quds Timur dan menangkap dua remaja. Manakala di bandar Beit Fajr di selatan Beit Lahm, dua kanak-kanak ditahan setelah tentera menggeledah rumah mereka. Tentera juga membaling batu ke arah beberapa buah rumah di kawasan Khalayel al-Louz serta meletupkan pintu untuk menceroboh masuk sebuah rumah penduduk.

Di al-Khalil, seorang pemuda ditangkap ketika melintas sempadan dari Jordan ke Tebing Barat melalui terminal al-Karama.

Di Jenin pula pihak tentera menggeledah rumah penduduk dan menculik seorang pemuda, manakala seorang lagi pemuda ditangkap di daerah berdekatan, Tulkarem.

Di Jericho, bandar al-Jiftlik turut diceroboh masuk di mana tentera telah menculik seorang pemuda.

Petang semalam, lima penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak ditangkap di Ramallah. Salah seorang daripada mereka ditangkap ketika menghadiri sesi perbicaraan saudaranya di mahkamah tentera.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts