13 lagi pemuda Palestin diharamkan masuk al-Aqsa

BAITULMAQDIS, 24 Sep 2018 — Rejim Zionis semalam mengharamkan 13 pemuda Palestin memasuki kawasan Masjid al-Aqsa, bersempena musim perayaan Sukkot yang disambut selama seminggu.

Empat pekerja Jabatan wakaf iaitu Raed Zugheir, Mohamed Dabagh, Husam Sedr, dan Mahdi al-Abassi, serta setiausaha pergerakan Fatah Shadi Matour, adalah antara mereka yang terbabit. Selain itu, pemuda Mahmoud Abdul Latif, Iheb Zugheir, Hamza Zugheir, Rami Fakhoury, Jamil al-Abassi, Jehad Kaws, Mahmoud al-Mones, dan Thaer Abu Sbeih dikenakan hukuman yang sama.

Mereka diarah hadir di sebuah pusat interogasi Zionis Ahad depan, di mana pihak perisikan Zionis mengancam untuk mengharamkan mereka mendekati kawasan Masjid al-Aqsa bagi tempoh selama enam bulan.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts