13 pemuda didakwa kerana pertahan al-Aqsa

BAITUL MAQDIS, 15 Jun 2017 (PIC) — Tentera Zionis menangkap 13 orang ahli pertubuhan Shabab al-Aqsa atas tuduhan beriktikaf di dalam Masjid al-Aqsa dan menghalang Yahudi menceroboh masuk.

Mereka didakwa atas kesalahan terlibat dalam kempen menghalang pencerobohan ke atas tapak suci umat Islam itu, di samping menganjur lawatan ke Yafa dan mengunjungi tahanan yang baharu dibebaskan. Mereka turut dikenakan tuduhan terlibat dalam menyampaikan syarahan tentang taktik bagaimana pihak rejim menculik dan menyiasat penduduk Palestin.

Semua mereka, yang kini ditahan di pusat tahanan al-Mascoubiya, juga dituduh membentuk sebuah kumpulan seramai 22 orang ahli dalam aplikasi WhatsApp untuk menyebarkan maklumat tentang pencerobohan Yahudi ke atas Masjid al-Aqsa dan tahanan-tahanan Palestin yang baharu dibebaskan.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Zionis telah mengharamkan pertubuhan Shabab al-Aqsa pada bulan Ogos 2011, di mana 15 ahlinya telah ditangkap. Seorang daripada mereka dipenjara selama 12 bulan manakala beberapa yang lain dikenakan penjara selama tiga bulan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts