13 Penduduk Al-Quds Diculik Tentera Zionis

AL-QUDS, 28 Okt 2015 (Silwanic) — Tentera Zionis menculik 13 orang Palestin, termasuk dua wanita dan lima kanak-kanak, awal pagi ini setelah menceroboh masuk rumah-rumah mangsa di beberapa lokasi berlainan di Al-Quds.

Pusat Maklumat Wadi Hilweh di Al-Quds melaporkan bahawa tentera telah menangkap dan menculik wanita Palestin Jihad al-Ghazzawi di rumahnya di Ral al-‘Amoud di Silwan, selatan Masjid al-Aqsa. Beliau sebelum ini telah beberapa kali ditahan, didenda dan diharamkan memasuki kawasan masjid al-Aqsa atas tuduhan menghalang pelampau Yahudi daripada menceroboh masuk kawasan masjid.

Seorang lagi wanita Ghada Odetallah, 42 tahun, yang berasal dari kejiranan Shu’fat di tengah Al-Quds turut diculik oleh polis Zionis setelah menyoal siasat beliau di sebuah balai polis di kawasan penempatan haram Yahudi di Neve Yaakov. Ghada adalah ibu kepada lima orang anak dan dituduh cuba membuat serangan menikam.

Empat lagi penduduk Palestin di perkampungan Hizma di timur laut Al-Quds turut diculik. Mereka adalah Mohammad Jareh Salaheddin, Salah Askar, Abdullah Bassam dan Khaled Suleiman Abu Khalil.

Manakala di Silwan, tentera Zionis mennyerang masuk dan menggeledah rumah serta menculik Suleiman al-A’war, 14 tahun, Ibrahim Abdul-Razeq, 14 tahun, Mohammad an-Natsha, 16 tahun, Aziz Asaliyya, 16 tahun, Baha’ al-Bazlameet, 19 tahun, Soheib Atef Edrees, 14 tahun, dan Soheib Ghassan Edrees, 14 tahun.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts