13 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

NABLUS, 25 Julai 2018 — Tentera Zionis menculik 13 penduduk Palestin dan merampas sejumlah wang tunai dari beberapa wilayah di Tebing Barat malam tadi.

Seramai tiga pemuda diculik dari kota Nablus, kem pelarian Kafr Qallil dan Balata. Tentera Zionis turut memecah masuk rumah-rumah siswa Universiti Birzeit di utara Ramallah dan menangkap Issa Shalaldeh. Bagaimapun mereka gagal menculik lebih ramai mangsa apabila siswa berjaya melarikan diri.

Bandar Senjel di utara Ramallah turut diserbu, di mana tentera Zionis menampal notis amaran untuk memburu bekas tahanan Abdullah Arrar, yang dibebaskan dalam perjanjian tukaran tahanan 2011 dan dibuang daerah ke Gaza.

Sementara di al-Khalil, tentera Zionis menyerang bandar Surif dan kota Yatta, menculik Omar al-Hih dan Ziyad Nawaj’ah selepas memecah masuk dan menggeledah rumah-rumah mereka. Tentera turut merampas wang tunai bernilai ribuan Shekel dalam kejadian di Nawaj’ah.

Serangan turut berlaku di Beit Lahm di mana pemuda Farouq Abu Aker diculik selepas tentera Zionis memecah masuk rumah beliau dan mendakwa telah menjumpai sepucuk senjata. Sejumlah lagi wang tunai dirampas dalam serbuan di bandar Harmalah, timur Beit Lahm.

(PIC, IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts