13 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat dan al-Quds

BEIT LAHM, 17 Ogos 2017 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin, termasuk sembilan “orang buruan” yang terlibat dalam serangan anti-penjajahan, dari seluruh wilayah Tebing Barat dan al-Quds sepanjang malam tadi.

Dua pemuda diculik dari Beit Lahm, tiga dari Tulkarem dan seorang lagi dari Nablus. Empat yang lain diculik dari bandar Rima dan Batein di wilayah Ramallah.

Dalam serbuan ganas di kem pelarian Balata di wilayah Nablus, tentera Zionis memecah masuk rumah keluarga seorang bekas tahanan dan menembak beliau sehingga cedera sebelum diculik.

Juga di Nablus, seorang pemuda diculik selepas tentera menyekat kenderaan beliau di sekatan Huwara.

Pertempuran tercetus di Qalqiliya apabila tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah beberapa buah rumah dan menembak gas pemedih maat dengan banyak.

Dalam serbuan di bandar Surif di utara wilayah al-Khalil, tentera Zionis merampas sejumlah wang mangsa.

Menurut rekod PBB, tentera Zionis membuat operasi menyerang dan menangkap penduduk Palestin pada purata 85 kali dalam setiap dua minggu sejak awal tahun 2017.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts