13 penduduk Palestin diculik dari Tebing Barat

BEIT LAHM, 3 Julai 2018 — Tentera penjajah Zionis menculik sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin, salah seorangnya dalam keadaan cedera, dari beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Dalam kejadian di bandar Qaffin, utara wilayah Tulkarem, tentera Zionis menembak seorang pemuda dalam satu pertempuran membantah serbuan tentera.

Tentera Zionis turut menyerang penduduk Palestin di kem pelarian Deheishe di selatan Beit Lahm. Mereka juga menyerang dan mencederakan Qassem Salim, 25, selepas memecah masuk dan menggeledah rumah beliau di bandar Azzoun, timur Qalqilya.

Di al-Khalil, tentera Zionis menyerbu beberapa kawasan kejiranan dan memasang sekatan jalan di laluan masuk sebelah utara serta bandar-bndar Sa’ir dan Halhoul.

Berikut adalah senarai mangsa yang diculik:

Beit Lahm

  1. Ismael Ramadan, kem pelarian Deheishe.
  2. Mohammad Adawi, kem pelarian Deheishe.
  3. Mohammad Salim Thawabta, Beit Fajjar.
  4. Mohammad al-‘Amour, Teqoua’.

Hebron

  1. Riyad Adnan Abu Aisha.

Ramallah

  1. Maher Shreiteh, al-Mazra’a al-Gharbiyya.
  2. Odai Haitham, Deir Abu Mashal.
  3. Omar Dannoun, Rantis.

Tulkarem

  1. Ahmad Khatib, kota Tulkarem.
  2. Omar Khalil Ammar, Qaffin.
  3. Mohammad Tammouni, Deir al-Ghusun.
  4. Qassem Salim, Azzoun.

Nablus

  1. Mohammad al-Madani, Nablus.

(IMEMC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts