13 penduduk Palestin diculik, puluhan cedera di Tebing Barat

BEIT LAHM, 24 Jun 2018 — Sekurang-kurangnya 13 penduduk Palestin termasuk tiga bekas tahanan diculik, dan puluhan yang lain cedera dalam operasi tentera penjajah Zionis di beberapa wilayah Tebing Barat malam tadi.

Tentera Zionis turut menangkap suspek yang didakwa terlibat dalam insiden melanggar tiga orang askar Zionis di Route 60 berdekatan bandar Busan di Beit Lahm.

Dalam kejadian di wilayah Tulkarem, beberapa penduduk cedera sesak nafas diserang dengan gas pemedih mata dalam pertempuran di kem pelarian Nour Shams. Tentera turut memecah masuk rumah-rumah dua tahanan Palestin, Abdullah dan Rami Fouda, sebelum menculik adik mereka. Bapanya dikejarkan ke hospital apabila jatuh sakit terkejut dengan serangan tersebut. Dua pemuda lain diculik dari kem Nour Shams.

Sementara itu, empat lagi pemuda Palestin diculik dari kota Beit Lahm setelah pasukan tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah mereka. Manakala pemuda Mahdi Abeiyat, 22, diarah hadir ke pusat interogasi di kem penempatan haram Gush Etzion selepas tentera menggeledah rumah beliau.

Di utara al-Khalil, puluhan penduduk Palestin termasuk kanak-kanak cedera sesak nafas dalam serangan di bandar Beit Ummar. Tentera Zionis melepaskan tembakan gas pemedih mata ke arah rumah-rumah dan merosakkan tanaman penduduk Palestin berdekatan kawasan penempatan haram Karmi Tsur.

Pemuda Nitham Khadraj diculik dari rumah keluarganya di bandar Qalailya, dan seorang lagi pemuda diculik dari perkampungan al-Mugheir di wilayah Ramallah.

Berikut adalah senarai mangsa yang diculik:

Beit Lahm

  1. Mohammad Shehada.
  2. Hussein Kawazba.
  3. Mahdi Nawawra.
  4. Mousa Salahat.
  5. Mahmoud Shweiki. (Bekas tahanan)
  6. Ramzi al-Hreimi. (Bekas tahanan)
  7. Khalil al-Hreimi. (Bekas tahanan)

Tulkarem

  1. Haitham Mer’ey Shehada, 35.
  2. Mohammad Ahmad Fouda, 19.
  3. Ibrahim Fares Sharqiya, 22.

Qalqilia

  1. Nitham Nasr Khadraj, 28.

Al-Khalil

  1. Mohammad Fawzi Rajabi.

Ramallah

  1. Anwar Monir Abu Alia.

(IMEMC, PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts