13 penduduk Palestin ditangkap

RAMALLAH, 27 Feb 2018 — Tentera penjajah Zionis menangkap 13 penduduk Palestin dari wilayah-wilayah Tebing Barat awal pagi tadi.

Di selatan Nablus, tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah seorang bekas tahanan di bandar Jamma’in sebelum menangkap beliau, yang dijadual melangsungkan pernikahan bulan hadapan.

Tentera Zionis turut menyerbu perkampungan Qarawat Bani Hassan di Salfit dan menangkap pemuda Mohammed Rayyan.

Seramai tiga lagi penduduk ditangkap dari kem pelarian al-Am’ari di Ramallah. Tangkapan juga berlaku di Beit Lahm dan al-Khalil.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts