13 Penduduk Palestin Ditembak Di Kem Shufat

AL-QUDS, 2 Dis 2015 (Maan) — Tentera Zionis menembak dan mencederakan 13 penduduk Palestin di kem pelarian Shufat dalam pertempuran yang tercetus berikutan tindakan tentera meletupkan rumah Ibrahim al-Akkari.

Laporan Bulan Sabit Merah Palestin menyebut bahawa seramai 43 orang diberi rawatan, di mana 13 orang telah ditembak dengan peluru getah dan 30 lagi mengalami sesak nafas.

Lebih 1,200 orang askar Zionis mengiringi pasukan polis menceroboh masuk kem tersebut, menghalang pergerakan penduduk dan menutup semua laluan keluar dari kem.

Ibrahim al-Akkari ditembak mati setelah merempuh kenderaan beliau ke sebuah perhentian keretapi di Al-Quds pada 5 November 2014, membunuh seorang askar Zionis dan mencederakan 13 yang lain.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts