13 penduduk Palestin termasuk 2 kanak-kanak diculik

BEIT LAHM, 25 Okt 2016 (IMEMC) — Tentera penjajah Zionis menculik 13 penduduk Palestin termasuk dua kanak-kanak di Tebing Barat dalam operasi sepanjang malam tadi.

Bandar Nahhalin di barat daya Beit Lahm diserang masuk, di mana rumah penduduk digeledah dan tiga remaja diculik. Mangsa dikenali sebagai Abdul-Karim Shakarna, 18, Khaled Shadi Najajra, 14, dan Omran Yousef Najajra, 16.

Manakala di Jenin, beberapa buah rumah penduduk digeledah dan dua pemuda Nidal Ja’far, 30, dan Mahmoud Ma’moun Hawasheen diculik.

Pemuda Mohammad Sobhi Nimir, 23, diculik dari kem pelarian al-Ama’ari di Ramallah setelah tentera Zionis memecah masuk dan menggeledah rumah beliau.

Dalam kejadian di al-Quds lima pemuda, Ragheb Abu Sneina, Monir al-‘Ajlouni, Mo’men Hasheem, Majd Sharifa dan Nasser al-‘Ajlouni diculik. Tentera juga menahan dan mengherdik remaja dan kanak-kanak sekolah di kawasan Bab al-‘Amoud ketika memeriksa mereka.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts