13 penduduk Palestin termasuk bekas menteri dipenjara tanpa pendakwaan

SALFIT, 31 Julai 2017 — Rejim Zionis semalam mengenakan tahanan pentadbiran tanpa sebarang pendakwaan mahupun perbicaraan ke atas 13 penduduk Palestin, termasuk mantan Menteri Kewangan Omar Abdul Razaq.

Ahli Parlimen Omar Abdul Razaq dikenakan hukuman tahanan selama empat bulan. Beliau yang pernah merengkok selama sembilan tahun dalam penjara Zionis ditangkap dari rumahnya di Salfit pada 23 Julai lalu.

Seramai 12 orang Ahli Parlimen Palestin dikurung dalam penjara Zionis, sementara sekitar 500 orang penduduk Palestin masih dipenjara tanpa pendakwaan.

(Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts