13 penduduk Tebing Barat dan al-Quds diculik

AL-KHALIL, 18 Jan 2017 (PIC) — Lebih 13 penduduk Palestin diculik oleh tentera Zionis awal pagi tadi.

Seramai 11 orang yang ditangkap didakwa terlibat dengan aktiviti anti-penjajahan. Seorang aktivis Hamas diculik dari kem pelarian al-Arroub di utara al-Khalil, manakala tiga yang lain dari bandar Dura di selatan al-Khalil. Tentera Zionis mendakwa telah menjumpai senjata di kawasan selatan al-Khalil.

Penculikan turut berlaku di Beit Lahm, Nablus dan Ramallah.

Seorang pemuda dari bandar Alezariye di tenggara al-Quds turut diculik.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts